Latar belakang Konsert_M._Nasir_Satu_Hikayat_–_40_Tahun_Perjalanan

"Saya memang ada perancangan untuk mengadakan konsert setiap kali selepas menghasilkan album. Selalunya, saya mengambil masa lama kerana mahukan persembahan istimewa buat peminat. Namun, semangat untuk mengadakan konsert skala besar ini semakin membara apabila bertemu penganjur konsert ini, Shiraz yang membantu merealisasikannya,"

— M. Nasir dalam konsert Satu Hikayat.[8]

Konsert ini diumumkan oleh M. Nasir dalam satu sidang media yang diadakan pada 26 Ogos 2019.[1] Dalam sidang media yang turut dihadiri oleh penganjur dan Penerbit Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim, M. Nasir menyifatkan konsertnya ini sebagai luar biasa dan merupakan penghargaan terbesarnya buat para peminat.[9] Lebih istimewanya apabila konsert kali ini memberi seribu satu kelainan apabila beliau turut mendendangkan lagu-lagu yang pernah dihasilkannya untuk penyanyi solo dan kumpulan terkenal tanah air.[9] Bagaimanapun, tiada artis jemputan untuk konsert ini.[8]

Memilih untuk "merahsiakan" lagu-lagu yang bakal dipersembahkan, beliau mengakui berdepan kesukaran untuk memilih lagu-lagu untuk dipersembahkan pada konsert kali ini.[9] Mengikut perancangan, beliau bakal menyampaikan rangkaian lebih 20 lagu malar segar sejak kemunculan pertamanya dari 1979 sehingga kini.[9] Konsert ini juga membabitkan sesi santai dan ramah mesra bersama peminat setia apabila beliau menyanyikan lagu ciptaan sendiri tetapi untuk penyanyi lain termasuk secara medley.[9]

Pada asalnya, konsert ini diadakan selama satu malam sahaja, namun M. Nasir mengumumkan pada Oktober 2019 bahawa konsert solonya ini ditambah kepada satu malam lagi, iaitu pada 24 November 2019 bagi persembahan kedua.[10] Beliau berkata, peminat mungkin sudah lama tidak menyaksikan konsert solonya menyebabkan mereka meminta tambahan persembahan.[11] Ini menjadi konsert solo pertama M. Nasir dalam tempoh 5 tahun sejak kali terakhir mengadakan konsert solo menerusi Konsert M. Nasir... Kembara yang diadakan pada 2015.[7]

Konsert M. Nasir Satu Hikayat akan diiringi pemuzik dikenali sebagai ‘Gong’ yang terdiri daripada Aznan Alias yang turut berkhidmat sebagai pengarah muzik, Firdaus Mahmud, Raffi dan Ujang Exists, yang sering bersama beliau dalam persembahan konsert dan rakaman album.[12]

Rujukan

WikiPedia: Konsert_M._Nasir_Satu_Hikayat_–_40_Tahun_Perjalanan http://www.myticket.asia http://www.astroawani.com/berita-hiburan/m-nasir-r... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/menjelang... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/tiket-kon... http://www.kosmo.com.my/hiburan/m-nasir-cabar-peny... http://web.archive.org/web/20190826190510/http://w... http://web.archive.org/web/20190828063539/http://w... http://web.archive.org/web/20191004053923/http://w... https://www.astroawani.com/berita-hiburan/mnasir-h... https://praharaseni.blogspot.com/2019/11/buka-kota...